Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Vincent Lau Lee Ming ketika ditemui selepas kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS

Sarawak komited sokong sekolah menengah Cina swasta

ByAdlina Rahman

KUCHING, 20 Jun: Kerajaan Sarawak meneruskan komitmen terhadap pendidikan vernakular Cina dengan penyaluran semula geran tahunan sebanyak RM10 juta kepada 14 sekolah menengah Cina swasta di seluruh wilayah ini.

Pengerusi Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Cina Swasta Sarawak, Dato Vincent Lau Lee Ming berkata, bantuan tersebut bermula sejak 2009 dengan nilai awal RM3 juta sebelum meningkat secara berperingkat sehingga mencapai RM10 juta setahun sejak 2019.

“Kami amat berterima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas sokongan konsisten ini. Ia sangat membantu sekolah menampung kos operasi tahunan,” katanya selepas kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Dalam kunjungan tersebut, Abang Johari turut menyampaikan geran secara rasmi kepada wakil sekolah-sekolah berkenaan.

Vincent berkata, sekolah menengah Cina swasta tidak menerima dana daripada Kementerian Pendidikan dan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang awam justeru bantuan Kerajaan Sarawak amat penting bagi menjamin kelangsungan pendidikan.

Sejak 2014, Sarawak kekal sebagai satu-satunya negeri yang menyalurkan geran tahunan RM10 juta secara konsisten kepada sekolah menengah Cina swasta.

Kerajaan Sarawak turut mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) membolehkan lepasan sekolah tersebut menyertai perkhidmatan awam negeri.

Selain itu, Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM7 juta bagi tujuan penempatan semula, pembesaran dan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) melibatkan lapan sekolah di seluruh Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan