Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Huang Tiong Sii disambut mesra sebaik tiba untuk Majlis Ngiling Bidai di Rumah Kinchu Sarikei. Foto DUN Repok

Rumah panjang simbol perpaduan dan budaya luar bandar

SARIKEI, 20 Jun: Rumah panjang bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi asas penting kepada kestabilan, perpaduan dan keharmonian masyarakat luar bandar khususnya di Sarawak.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, kediaman tersebut memupuk nilai murni seperti gotong-royong, saling menghormati dan semangat kerjasama yang menjadi tunjang kekuatan komuniti.

“Dalam dunia moden hari ini, rumah panjang kekal sebagai simbol budaya dan komuniti yang utuh. Ia melahirkan nilai sosial yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai di Rumah Kinchu, di sini hari ini.

Beliau turut menyeru generasi muda agar memanfaatkan peluang dalam bidang pendidikan, latihan kemahiran dan keusahawanan demi masa depan lebih cerah.

“Masa depan Sarawak bergantung kepada anak muda yang berwawasan, berani mencuba dan berpegang teguh pada budaya sendiri. Mereka adalah aset penting untuk membangunkan komuniti luar bandar secara progresif,” ujarnya.

Tiong Sii turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kepimpinan beliau yang sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat luar bandar.

“Di bawah kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif dan peruntukan disalurkan merangkumi aspek infrastruktur, pendidikan, kemudahan asas serta pembangunan sosioekonomi,” ujarnya.

Menurutnya, sokongan berterusan daripada Kerajaan Sarawak amat penting dalam memastikan budaya, adat resam dan kesejahteraan masyarakat luar bandar terus terpelihara serta dimartabatkan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan