Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roket Starship 36 milik SpaceX meletup semasa ujian rutin di darat sekali gus menjadi kegagalan terbaharu yang melanda program angkasa lepas syarikat itu sepanjang tahun ini, lapor Xinhua. Foto fail AFP

Roket Starship 36 meletup semasa ujian

ByBernama

SACRAMENTO (Amerika Syarikat), 20 Jun: Roket Starship 36 milik SpaceX meletup semasa ujian rutin di darat sekali gus menjadi kegagalan terbaharu yang melanda program angkasa lepas syarikat itu sepanjang tahun ini, lapor Xinhua.

“Pada Rabu, 18 Jun kira-kira 11 malam CT (0400 Khamis GMT), roket Starship yang bersedia untuk ujian penerbangan kesepuluh mengalami anomali besar semasa berada di pelantar ujian di Starbase,” kata SpaceX dalam satu hantaran di platform X, sambil mengesahkan bahawa “semua kakitangan selamat dan “tiada bahaya terhadap penduduk sekitar.”

Letupan itu berlaku ketika jurutera sedang membuat persiapan untuk ujian pembakaran statik ke atas roket bersaiz besar itu.

Rakaman video memaparkan detik kemusnahan itu dengan menunjukkan letupan berlaku berhampiran muncung roket beberapa saat sebelum bola api besar meletup ke langit malam dengan serpihan bertaburan di sekitar kemudahan itu. Kebakaran yang tercetus susulan letupan berkenaan berlanjutan selama lebih 90 minit sebelum berjaya dipadamkan, lapor CBS News.

Media tempatan melaporkan bahawa tingkap rumah berhampiran bergegar dan kesan letupan turut dirasai sehingga Pulau South Padre dan Port Isabel yang terletak beberapa kilometer dari tapak ujian.

Awal tahun ini, tiga penerbangan Starship juga mengalami kegagalan berturut-turut dengan masalah teknikal, khususnya berkaitan enjin Raptor dikenal pasti sebagai punca utama kepada siri kegagalan itu.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan