Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain skuasy negara, Rachel Arnold (kiri), muncul sebagai satu-satunya wakil Malaysia yang mara ke final Kejohanan Skuasy Individu Asia ke-23 selepas menewaskan rakan senegara, Aifa Azman, dalam aksi separuh akhir wanita yang berlangsung di Pusat Skuasy Sarawak, Petra Jaya, di sini hari ini. Foto Bernama

Rachel wakil tunggal negara ke final, misi rebut gelaran Asia pertama

ByBernama

KUCHING, 20 Jun: Pemain skuasy negara Rachel Arnold muncul sebagai satu-satunya wakil Malaysia yang mara ke final Kejohanan Skuasy Individu Asia ke-23 selepas menewaskan rakan senegara Aifa Azman dalam aksi separuh akhir wanita di Pusat Skuasy Sarawak, Petra Jaya di sini hari ini.

Pemain ranking ke-19 dunia itu menundukkan Aifa 11-9, 11-2, 8-11, 9-11, 12-10 dalam pertarungan sengit yang mengambil masa 56 minit.

Kemenangan ini menyaksikan Rachel membawa harapan negara ke perlawanan akhir, hanya selangkah untuk merangkul gelaran Asia pertamanya selepas seorang lagi wakil Malaysia, Yee Xin Ying gagal meneruskan kemaraan dalam satu lagi separuh akhir.

Yee tewas kepada Ho Tze Lok dari Hong Kong yang memenangi perlawanan berkenaan dengan keputusan 11-9, 5-11, 5-11, 11-9, 11-6 dalam tempoh 45 minit.

Rachel dijadual berdepan Ho pada final esok bagi merebut kejuaraan edisi ke-23 kejohanan itu.

Selepas tewas di peringkat separuh akhir, Yee dan Aifa menamatkan kempen masing-masing di kejohanan itu dengan berkongsi tempat ketiga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan