Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan hadir pada Mesyuarat Penuh Pertama Majlis Kraftangan Sarawak di Kuching. Foto TVS

Pusat Kraf Tangan Sarawak dibina di Kuching

KUCHING, 20 Jun: Pusat Kraf Tangan Sarawak bakal dibangunkan di Kuching dengan perancangan kini dalam proses mendapatkan pemilikan tanah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia merangkumi pejabat, galeri, ruang jualan hasil kraf dan pelbagai kemudahan sokongan bagi memperkasa industri kraftangan tempatan.

“Tapak telah dikenal pasti iaitu berhampiran belakang Kuil Sikh sehingga ke jalan menuju Muzium Budaya Borneo. Tanah seluas dua ekar itu akan menempatkan pejabat dan galeri Majlis Kraf Sarawak dan lokasinya amat strategik,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Pertama (1/2025) Majlis Kraf Tangan Sarawak (SCC), Jumaat lalu.

Menurut Abdul Karim, kedudukan berhampiran stesen ART dan Muzium Budaya Borneo memberi kelebihan dari segi akses pelancong dan pengunjung yang ingin membeli hasil kraf tempatan.

“Di muzium, pengunjung hanya boleh melihat tapi di pusat ini mereka boleh membeli terus semua jenis hasil kraf. Pejabat SCC juga akan beroperasi di lokasi sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan cadangan penganjuran Hari Kraf tangan Sarawak sedang dibincangkan dan mendapat maklum balas positif daripada ahli SCC.

“Inisiatif ini bertujuan mengiktiraf pemain industri kraf tangan yang cemerlang dan menyokong perkembangan sektor ini secara menyeluruh,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan