Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 di Stadium Tertutup Kota Samarahan hari ini. Foto Pusat Khidmat Parlimen Kota Samarahan

Piala Sarawak pentas cungkil raja libas

ByTVS

KOTA SAMARAHAN, 20 Jun: Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 yang berlangsung dari 18 hingga 22 Jun di Stadium Tertutup Kota Samarahan menjadi pentas penting dalam mencungkil bakat baharu dan menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan belia wilayah ini.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, kejohanan anjuran Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) itu bukan sekadar medan pertandingan malah menjadi wahana memperkukuh silaturahim dan memupuk perpaduan.

“Kejohanan ini juga memainkan peranan penting dalam memelihara warisan sukan tradisional yang bertapak sejak tahun 1940,” katanya ketika merasmikan kejohanan tersebut di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) Dato Ismail Abang Saufi, Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang, Pegawai Daerah Samarahan, Ahmad Abdul Razak dan Presiden SDTA Mohammad Nizam Wang.

Rubiah turut menyatakan penghargaan atas sambutan menggalakkan daripada 10 bahagian di seluruh Sarawak termasuk penyertaan aktif belia dan wanita dalam kejohanan tersebut.

“Ini merupakan satu langkah positif dalam pembangunan sukan di peringkat akar umbi,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan