Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jurulatih PFA Odin Sarawak, Mohd Faizal Zamri. Foto TVS

PFA Odin Sarawak sasar enam mata penting

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 20 Jun: Wakil tunggal Sarawak dalam saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 2 2025, PFA Odin Sarawak bertekad membawa pulang enam mata berharga dalam dua aksi penting hujung minggu ini.

Ketua jurulatih, Mohd Faizal Zamri berkata, pasukannya bakal menentang dua pencabar utama liga iaitu PJ CHAMPZ FC serta ATM dan kemenangan dalam kedua-dua perlawanan adalah misi utama.

“Kami mahu kekal dalam kelompok teratas dan terus menjadi pencabar serius kejuaraan. Sasaran minggu ini ialah meraih enam mata penuh,” katanya ketika ditemui di Kuching pada Khamis.

Bagi memastikan tahap kesiapsiagaan terbaik, pasukan mengambil keputusan untuk berangkat awal ke Semenanjung memandangkan mereka akan beraksi dua hari berturut-turut.

Selepas enam perlawanan, PFA Odin kini mendahului liga dengan lima kemenangan dan satu kekalahan mengumpul 15 mata keseluruhan.

Faizal berkata, pasukannya bukan sekadar mahu mempertahankan kedudukan tetapi mahu terus konsisten dan menjadikan minggu ini sebagai batu loncatan ke arah menjulang kejuaraan MPFL Divisyen 2 musim ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan