Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peserta seminar Beyond Care terdiri daripada penjaga, ahli akademik dan pengamal industri. Foto UMS

Penjaga diiktiraf aset penting dalam ekosistem penjagaan negara

KOTA KINABALU, 20 Jun: Peranan golongan penjaga atau caregiver kini semakin diiktiraf sebagai komponen penting dalam sistem penjagaan negara seiring dengan cabaran demografi seperti penuaan penduduk dan peningkatan penyakit kronik.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil inisiatif memperkukuh peranan tersebut dengan menganjurkan seminar bertajuk Beyond Care: Empowering Caregivers yang dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor di Galeri Majlis, Bangunan Canselori UMS.

“Universiti bukan sekadar menyampaikan ilmu teori tetapi perlu melahirkan tenaga kerja yang seimbang dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai insan,” kata Kasim.

Beliau berkata, penjaga memainkan peranan penting dalam menyokong keperluan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) dan UMS melihat potensi besar dalam memperkasa mereka menerusi pendidikan serta latihan profesional.

Seminar tersebut selari dengan dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Warga Emas, Dasar OKU dan dasar kesihatan awam serta bertujuan membina ekosistem penjagaan mampan dengan penglibatan akademik dan industri.

Beliau turut menyeru institusi pengajian tinggi agar menjadi pemangkin inovasi sosial dan pusat rujukan komuniti selaras dengan prinsip Malaysia Madani.

“Ilmu tidak hanya untuk pasaran kerja tetapi harus membentuk masyarakat penyayang dan berempati,” ujarnya.

Kasim berharap seminar tersebut menjadi titik tolak kepada kerjasama lebih meluas dalam menjadikan industri penjagaan sebagai sektor yang berdaya saing dan inklusif.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan