Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli. Foto fail Bernama.

Nahas UPSI: JPJ di peringkat akhir lengkapkan siasatan untuk dakwa pengusaha syarikat bas

ByBernama

BUTTERWORTH, 20 Jun: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di peringkat akhir melengkapkan kertas siasatan untuk mendakwa pengendali syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata terdapat dua kertas siasatan sedang disiapkan untuk diambil tindakan terhadap pengendali syarikat bas dan syarikat yang memajak bas itu.

“Kertas siasatan masih di peringkat JPJ dan kita jangka akan serah kepada pihak pendakwaan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 tahun 2025 Peringkat Pulau Pinang di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata JPJ akan membuka kertas siasatan bagi mengheret syarikat bas yang terbabit dalam nahas itu kerana kegagalan syarikat berkenaan beroperasi mengikut peraturan dan undang-undang ditetapkan.

Aedy Fadly turut menafikan dakwaan bahawa pihak JPJ tidak dapat merekodkan kenyataan pengusaha syarikat bas kerana diserang sakit jantung.

“Dia (pengusaha bas) kena serangan jantung tiada kaitan dengan JPJ… saya tidak terima apa-apa laporan mengatakan begitu. Kita (JPJ) akan tetap ambil tindakan, kalau dia masuk hospital kita akan tunggu,” katanya.

Pada awal pagi 9 Jun lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Kemalangan turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan