Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) ke-15. Foto TVS

Mohd Khalid Ismail dilantik Ketua Polis Negara ke-15

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) ke-15, berkuat kuasa 23 Jun 2025.

Beliau dilantik bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang akan menamatkan kontrak perkhidmatannya sebagai KPN ke-14 pada 22 Jun ini.

Majlis Serah Terima Tugas dan Paluan Berundur bagi jawatan Ketua Polis Negara itu tadi berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Upacara itu disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, dan turut dihadiri oleh Tan Sri Razarudin Husain, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, serta Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Pelantikan Ketua Polis Negara merupakan prerogatif Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, seperti yang termaktub dalam Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.

Untuk rekod, Tan Sri Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-14 secara kontrak selama dua tahun selepas bersara, berkuat kuasa 23 Jun 2023, menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Majlis tersebut turut menyaksikan upacara serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia kepada Datin Sri Munirah Che Rose. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan