Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke Republik Uzbekistan dan Rusia yang bermula esok, dijangka memperluaskan lagi jaringan strategik Malaysia dalam bidang tenaga dan air di peringkat antarabangsa. Foto fail Fadillah Yusof (FB)

Lawatan TPM Fadillah ke Uzbekistan, Rusia perluas jaringan strategik sektor tenaga, air

ByBernama

TASHKENT, 20 Jun: Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke Republik Uzbekistan dan Rusia yang bermula esok, dijangka memperluaskan lagi jaringan strategik Malaysia dalam bidang tenaga dan air di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, mengetuai delegasi Malaysia ke kedua-dua negara itu pada 21-28 Jun, 2025.

Dalam kenyataannya, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata selain mempertingkat kefahaman delegasi Malaysia terhadap teknologi tenaga nuklear moden, lawatan kerja berkenaan juga menjadi inisiatif bagi menarik minat pelabur selain memperkukuh kerjasama dan aspirasi Malaysia MADANI melalui pembentukan hubungan dua hala yang konstruktif.

Kehadiran Fadillah juga mencerminkan komitmen Malaysia dalam membentuk kerjasama strategik global bagi mendepani cabaran tenaga dan air pada masa hadapan.

“Ini juga menzahirkan peranan aktif negara dalam meneroka penyelesaian yang berdaya tahan dan lestari melalui perkongsian pengetahuan, teknologi dan pelaburan asing,” kata kementerian itu.

Antara agenda Fadillah dalam lawatannya ke Uzbekistan pada 21-24 Jun, 2025 adalah melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev yang melibatkan perbincangan dua hala dan usaha memperluaskan kerjasama dalam bidang tenaga serta pembangunan mampan.

Mesyuarat Bersama Menteri Tenaga Uzbekistan Jurabek Mirzamakhmudov pula akan menumpukan perbincangan mengenai kerjasama teknikal dan pelaburan dalam tenaga boleh baharu.

Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Luar berkata Fadillah dijadual menyampaikan ucaptama pada Forum Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025 di Samarkand yang antara lainnya menyentuh amalan terbaik serta inovasi Malaysia dalam perkhidmatan berkenaan.

Pada 24 Jun, beliau akan menyertai Forum Perniagaan Malaysia-Uzbekistan di Tashkent.

Bagi lawatan di Rusia pada 25-28 Jun 2025, Fadillah dijadual menghadiri mesyuarat dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri Alexander Novak untuk membincangkan kerjasama strategik dalam bidang tenaga.

Beliau juga dijadual melakukan lawatan teknikal ke loji janakuasa nuklear ROSATOM di St Petersburg bagi meninjau teknologi nuklear terkini serta piawaian keselamatan antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan