Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

Kerajaan optimis defisit fiskal negara terus berkurang – PM

ByBernama

PUTRAJAYA, 20 Jun: Kerajaan optimis untuk terus mengurangkan hutang negara secara berperingkat, sambil memastikan langkah itu tidak akan menjejaskan pembangunan dan keyakinan pelabur.

Keyakinan itu disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menilai prestasi kerajaan yang diterajui beliau sejak 2022, yang berjaya mengurangkan defisit fiskal kepada 4.1 peratus pada 2024.

“Bagi saya, tanggungjawab utama kepimpinan dan pengurusan ekonomi adalah melaksanakan dasar yang kita yakin baik, itu yang paling penting.

“Kedua, kita juga mempunyai keyakinan (pelabur). Apabila ada keyakinan, ia menyelesaikan banyak perkara seperti soal hasil negara, peluang pekerjaan, dan pembangunan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut memuji komitmen Malaysia dalam melaksanakan reformasi fiskal, dengan menyifatkan pelaksanaan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023 sebagai tonggak penting reformasi fiskal negara.

“Saya tahu ada pihak yang mempersoalkan kenapa ada rundingan dengan IMF. Tetapi sejak merdeka, setiap kerajaan yang menjadi ahli IMF wajib melalui proses ini.

“Hakikatnya, IMF memberikan penilaian positif terhadap dasar fiskal kita,” tambahnya.

Mac lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dilaporkan berkata bahawa kerajaan terus komited dalam usaha mengurangkan defisit fiskal dengan unjuran 3.8 peratus pada 2025, sejajar dengan komitmen utama kerajaan untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 5 peratus pada 2023, dan seterusnya 4.1 peratus tahun lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan