Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Luar kini dalam peringkat akhir memuktamadkan usaha untuk membantu rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka di Iran kembali ke tanah air susulan konflik yang sedang berlaku antara Israel dan Iran. Foto AFP

Kementerian Luar muktamadkan usaha bantu rakyat Malaysia keluar dari Tehran pada jumaat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Kementerian Luar kini dalam peringkat akhir memuktamadkan usaha untuk membantu rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka di Iran kembali ke tanah air susulan konflik yang sedang berlaku antara Israel dan Iran.

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat, kementerian itu memaklumkan bahawa individu yang telah bersetuju untuk menyertai proses evakuasi dijangka berlepas dari Tehran hari ini.

Kementerian itu juga sedang bekerjasama rapat dengan Perwakilan Malaysia yang terlibat bagi memastikan perjalanan pulang rakyat Malaysia dan keluarga mereka ke tanah air dilaksanakan dengan segera, lancar dan selamat.

Pada Rabu, Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata Malaysia akan memindahkan rakyatnya dari Iran pada Jumaat berikutan peningkatan risiko keselamatan susulan konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan