Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad negara meraih empat pingat emas dalam acara kumite pada Kejohanan Karate Asia Tenggara ke-12 yang berakhir semalam di Bandar Seri Begawan, Brunei. Foto AKF Asian Karate Federation.

Karate sapu empat emas di Brunei

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Skuad negara meraih empat pingat emas dalam acara kumite pada Kejohanan Karate Asia Tenggara ke-12 yang berakhir semalam di Bandar Seri Begawan, Brunei.

Emas negara diperoleh menerusi C Shamalarani dalam acara kumite bawah 50 kilogram (kg) wanita, K S Thevendran Kaliana Sundram (bawah 55kg lelaki), Sureeya Shankar Hari Shankar (bawah 60kg lelaki) dan berpasukan lelaki.

Malaysia turut meraih tiga pingat gangsa menerusi Lovelle Anne dalam acara kata wanita, Mcroyce Donavan Dagol (kumite bawah 75kg lelaki) dan kata berpasukan lelaki.

Pemangku ketua jurulatih karate negara R Shamendran berpuas hati dengan persembahan dipamerkan kesemua atlet di kejohanan berkenaan meskipun pada awalnya tidak meletakkan sebarang sasaran bagi mengelakkan tekanan kepada atlet.

“Keseluruhan pencapaian atlet di kejohanan ini okey tapi saya rasa mereka boleh lakukan lebih baik lagi,” katanya kepada Bernama hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan