Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Masjid Jamek Sarawak. Foto TVS

Jualan Rahmah Madani antara pengisian Festival Maal Hijrah 1447 Sarawak

KUCHING, 20 Jun: Program Jualan Rahmah MADANI akan diadakan di pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak pada 28 dan 29 Jun ini bersempena Festival Maal Hijrah 1447 peringkat Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata program jualan itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“(Program Jualan Rahmah MADANI) ada had (untuk pembelian) tetapi memang harga jualannya murah berbanding di pasar raya dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas upacara mengibarkan bendera Maal Hijrah 1447 sebagai simbolik pelancaran festival itu di sini hari ini.

Beliau berkata festival itu bagi memenuhi matlamat Pelan ABC 2024-2028 LAKMNS dalam mewujudkan organisasi dan persekitaran yang aman, bahagia dan ceria, dengan menggabungkan acara keagamaan dengan aktiviti sosial serta ekonomi.

Sebanyak 28 acara disenaraikan dalam Festival Maal Hijrah 1447 peringkat Sarawak bermula hari ini hingga 29 Jun yang melibatkan beberapa acara keagamaan, selain pameran ketenteraan dan badan beruniform, pemeriksaan kesihatan, pameran, jualan makanan serta acara sukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan