Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mencampuri sebarang urusan perundangan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta. Foto Bernama

DNAA kes SRC Najib urusan hakim, saya tidak masuk campur- PM Anwar

ByBernama

PUCHONG, 20 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mencampuri sebarang urusan perundangan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta.

“Itu keputusan hakim, Peguam Negara… saya tak masuk campur,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Aman, di sini hari ini.

Terdahulu hari ini, Hakim K Muniandy membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas tanpa membebaskan Najib selepas mendapati pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan yang tertangguh sejak 2019.

Mahkamah dimaklumkan pihak pendakwaan belum memperoleh dokumen penting sebagai bukti, dan kelewatan itu menafikan hak tertuduh untuk mendapat penyelesaian yang sewajarnya dan tepat pada masanya.

Perintah DNAA (lepas tanpa bebas) bermaksud tertuduh dilepaskan daripada pertuduhan sementara waktu, namun boleh didakwa semula jika pendakwaan memutuskan untuk meneruskan prosiding pada masa akan datang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan