Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cubaan dua lelaki untuk mengedar bekalan dadah di sekitar Lembah Klang gagal, selepas aktiviti mereka dipatahkan pihak polis yang menahan mereka bersama 70 ketulan mampat ganja seberat lebih 73 kilogram di tepi Jalan Baiduri, Kepong di sini pada Selasa.

Cubaan dua lelaki edar ganja di Lembah Klang tumpas, 70 ketulan mampat ganja dirampas

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Cubaan dua lelaki untuk mengedar bekalan dadah di sekitar Lembah Klang gagal, selepas aktiviti mereka dipatahkan pihak polis yang menahan mereka bersama 70 ketulan mampat ganja seberat lebih 73 kilogram di tepi Jalan Baiduri, Kepong di sini pada Selasa.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata kedua-dua lelaki yang dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun ini sebagai transporter dadah, ditahan dalam serbuan ke atas sebuah kereta jenis Perodua Aruz pada 1.25 pagi.

Beliau berkata kesemua ganja bernilai RM227,063 itu dibawa masuk dari negara jiran melalui sempadan Perlis.

“Serbuan yang dijalankan bersama JSJN Perlis itu, menahan dua suspek berumur 38 dan 33 tahun bersama sebuah kereta jenis Perodua Aruz.

“Hasil ujian saringan awal, kedua-dua suspek didapati bebas dari sebarang jenis dadah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata semakan mendapati suspek pertama memiliki 17 rekod kesalahan lampau, manakala suspek kedua memiliki empat rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, turut diambil ke atas suspek.

“Dua pasang subang emas telah disita dianggarkan bernilai RM1,950, menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan dan sitaan sebanyak RM229,013,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan dan polis masih giat memburu saki baki sindiket lain yang masih bebas.

Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti berkenaan  melalui hotline JSJN di talian 012-2087222. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan