Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi R&B Chris Brown. Foto fail AFP

Chris Brown mengaku tidak bersalah berhubung kes serangan di mahkamah UK

ByBernama

LONDON, 20 Jun:Penyanyi R&B Chris Brown mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cubaan menyebabkan kecederaan parah dalam satu insiden serangan menggunakan botol di sebuah kelab malam di London, lapor PA Media/dpa.

Penyanyi dari Amerika Syarikat berusia 36 tahun itu didakwa dengan niat jahat menyebabkan kecederaan parah terhadap Abraham Diaw di kelab Tape, pada 19 Feb 2023.

Rakan tertuduhnya rakyat AS Omololu Akinlolu, turut menafikan pertuduhan yang sama dalam satu prosiding pengakuan dan pendengaran persediaan perbicaraan di Mahkamah Southwark Crown, London, pada pagi Jumaat.

Kedua-dua tertuduh juga menghadapi pertuduhan mencederakan Diaw secara fizikal, manakala Brown juga turut didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu satu botol kaca di tempat awam. Bagaimanapun, mereka tidak dikehendaki membuat pengakuan terhadap pertuduhan tambahan itu pada peringkat ini.

Pendengaran seterusnya ditetapkan pada 11 Julai.

Kira-kira 20 orang hadir di galeri awam semasa prosiding Jumaat itu, kebanyakannya peminat Brown.

Perbicaraan selama lima hingga tujuh hari ditetapkan bermula pada 26 Okt 2026.

Brown tiba di mahkamah sekitar 9 pagi dan berdepan kumpulan besar jurugambar di luar bangunan sebelum masuk tanpa memberi sebarang kenyataan.

Penyanyi lagu “Go Crazy” itu, yang dibebaskan dengan jaminan bersyarat bulan lalu, dibenarkan untuk meneruskan konsert jelajah antarabangsa, termasuk membuat persembahan di Wales pada Khamis.

Sebagai sebahagian daripada syarat jaminan, beliau dikehendaki membayar wang jaminan keselamatan sebanyak £5 juta (US$6.7 juta) kepada mahkamah, sebagai jaminan kewangan untuk memastikan kehadirannya semula ke mahkamah dan wang itu boleh dilucuthakkan jika melanggar syarat jaminan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan