Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai lebih 150 sukarelawan termasuk pelajar sekolah, wakil UMS, NRES dan Kedutaan Perancis bergambar bersama selepas berjaya mengutip lebih 400 kilogram sampah di Pantai Teluk Likas. Foto Pusat Komunikasi Korporat UMS

402 kg sampah berjaya dikutip

KOTA KINABALU, 20 Jun: Sebanyak 402 kilogram sampah berjaya dikutip dalam program pembersihan pantai anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Kedutaan Perancis di Malaysia serta lapan sekolah menengah dari seluruh Sabah dan Labuan.

Program yang berlangsung di Pantai Awam Teluk Likas itu menghimpunkan lebih 150 sukarelawan terdiri daripada pelajar, kakitangan UMS, pegawai NRES, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Meteorologi serta wakil Kedutaan Perancis.

Antara sekolah terlibat termasuk SMK Elopura (Sandakan), SMK Tandek (Kota Marudu), SMK Sanzac (Kota Kinabalu), SM St. Michael (Penampang), SM Sains Sabah, SMK Pinawantai (Kudat), SMK Labuan dan SMK Tebobon.

Wakil Kedutaan Perancis, Dominique Husken-Ulbrich berkata, program tersebut mencerminkan komitmen terhadap Perjanjian Paris dan Matlamat Pembangunan Lestari.

“Inisiatif sebegini membuktikan bahawa kerjasama diplomatik dan pendidikan mampu memberi impak positif terhadap pemuliharaan alam sekitar,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) NRES, Datuk Nor Yahati Awang menyifatkan usaha tersebut sebagai langkah penting mendidik masyarakat tentang tanggungjawab menjaga khazanah pantai negara.

Ketua Program Sains Marin UMS, Dr. Madihah Jaffar Sidek pula berkata, aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kempen pendidikan marin bagi menyemai kesedaran dalam kalangan belia.

“Kami mahu pelajar Sabah mengenali dan menghargai ekosistem laut dan memainkan peranan sebagai penjaga alam sekitar,” ujarnya.

Program tersebut merupakan salah satu pengisian utama sambutan Ocean Celebration anjuran Borneo Marine Research Institute (BMRI) UMS sempena Hari Laut Sedunia, Hari Segitiga Terumbu Karang dan Hari Penyu Laut Sedunia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan