Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn bersama yang lain menunjukan poster SCaT Fair. Foto TVS

1,561 kekosongan jawatan ditawarkan di SCaT Fair 2025

KUCHING, 20 Jun: Sebanyak 1,561 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor termasuk pembinaan dan pembuatan akan ditawarkan kepada pencari kerja menerusi Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT Fair) 2025.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, berkata SCaT Fair 2025 menyediakan sesi temuduga secara terus (walk-in) hasil kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang menguruskan penyertaan industri.

“Menerusi sokongan padu daripada PERKESO, SCaT 2025 membuka ruang kepada warga Sarawak, khususnya lepasan sekolah, institusi pengajian tinggi dan pencari kerja untuk meneroka peluang pendidikan serta kerjaya,” katanya pada sidang media SCaT Fair 2025 di sini, hari ini.

Pameran itu, yang turut melibatkan 50 pempamer, akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 5 dan 6 Julai ini, dengan sasaran lebih 18,000 pengunjung.

Antara syarikat dan institusi yang mengambil bahagian termasuk PETRONAS, Limbungan Brooke dan Petra Energy Bhd, selain institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Tahun lalu, lebih 29,000 pengunjung menghadiri SCaT Fair, membuktikan minat tinggi masyarakat terhadap pameran seumpamanya sebagai platform memperkukuh kesedaran mengenai kepentingan pendidikan dan perancangan masa depan kerjaya anak-anak Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan