Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid

SST dijangka tingkatkan kos pembinaan dan harga rumah

ByRegina Lee

KUCHING, 19 Jun: Pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai ini dijangka memberi kesan langsung terhadap peningkatan kos dalam sektor pembinaan dan hartanah.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, walaupun impak kenaikan kos sukar dielakkan, pelaksanaan SST harus dilihat sebagai sebahagian daripada strategi konsolidasi fiskal kerajaan.

“Memang benar kos perniagaan dalam sektor ini akan meningkat, namun SST juga akan menambah hasil kerajaan sekali gus memperkukuh kedudukan fiskal negara,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurutnya, hasil tambahan daripada SST dapat digunakan bagi memperluas perbelanjaan pembangunan dalam masa terdekat termasuk projek-projek utama yang akan diumumkan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).

Tambahnya, pelaksanaan SST juga seiring dengan usaha kerajaan mengurangkan ketirisan subsidi melalui pendekatan rasionalisasi secara berperingkat.

Mengulas mengenai trend harga rumah di Sarawak, Dr Afzanizam berkata, terdapat penurunan sederhana dalam suku pertama 2025 namun harga dijangka meningkat semula selepas SST berkuat kuasa dipacu oleh kenaikan kos bahan binaan.

“Purata harga rumah di Sarawak pada suku pertama 2025 sekitar RM653,000, berbanding RM684,000 pada suku keempat 2024. Namun dengan SST, harga dijangka naik semula,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan pasaran hartanah di Sarawak kekal kompetitif dengan pemaju dijangka terus menawarkan insentif menarik bagi merangsang pembelian terutamanya dalam kalangan golongan muda.

“Kuasa pasaran dan persaingan antara pemaju akan memainkan peranan penting. Pemaju perlu bijak menawarkan nilai tambah untuk kekal relevan bukan bergantung kepada harga semata-mata,” jelasnya.

Afzanizam berkata, pelaksanaan SST, jika disertai dengan ketelusan dasar dan kecekapan pelaksanaan berpotensi memperkukuh ekonomi negara tanpa memberi beban langsung kepada rakyat terutamanya jika disokong dengan strategi subsidi bersasar dan insentif pasaran efektif.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan