Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Eksekutif, Majlis Tertinggi Pusat Tenaga ASEAN (ACE) Datuk Razib Dawood ketika ditemu bual TVS hari ini. Foto Mohamad Gustie Noorambia (TVS)

Sarawak pusat strategik Grid Tenaga ASEAN

ByOdleen Catherny

KUCHING, 19 Jun: Sarawak kini diposisikan sebagai pemain utama dan pusat sambungan strategik dalam pelaksanaan projek mega Grid Tenaga ASEAN (APG).

Pengarah Eksekutif Majlis Tertinggi Pusat Tenaga ASEAN (ACE), Datuk Razib Dawood berkata, selain menjadi pembekal tenaga boleh diperbaharui khususnya tenaga hidro, Sarawak kini berperanan sebagai nadi utama sambungan tenaga rentas sempadan di Asia Tenggara.

“Sarawak berada dalam kedudukan kukuh untuk berkongsi sumber tenaga dengan negara-negara ASEAN lain. Malah saya boleh katakan Sarawak kini menjadi pusat kepada sambungan grid baharu, bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga masa hadapan,” katanya kepada TVS baru-baru ini.

Beliau memaklumkan Sarawak terlibat secara aktif dalam pelbagai projek sambungan grid sedia ada dan yang sedang dirancang antaranya Sarawak ke Kalimantan (Indonesia) iaitu sambungan sedia ada, Sarawak ke Singapura, Sarawak ke Semenanjung Malaysia, Sarawak ke Sabah, Miri ke Brunei Darussalam dan potensi sambungan dari Sabah ke Palawan, Filipina.

“Projek ini membentuk asas kepada rangkaian tenaga serantau dari Malaysia ke Thailand, Sumatera, sehingga ke Vietnam, Laos dan Kemboja,” ujarnya.

Beliau menjelaskan eksport tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak akan memberi manfaat besar kepada rantau ini khususnya negara-negara yang bergantung tinggi kepada sumber tenaga berasaskan hidrokarbon seperti gas asli dan arang batu.

“Tenaga dari Sarawak akan meningkatkan kepelbagaian dalam campuran tenaga dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil. Ini merupakan sumbangan yang sangat berharga kepada seluruh ASEAN,” jelasnya.

Razib turut menekankan penglibatan aktif Sarawak dalam dasar dan perancangan tenaga serantau melalui Sarawak Energy Berhad (SEB).

“SEB merupakan ahli dalam kumpulan kerja HAPUA (Heads of ASEAN Power Utilities/Authorities) dan terlibat dalam mesyuarat peringkat pegawai kanan (SOM) yang membincangkan dasar dan hala tuju tenaga ASEAN,” kata Razib.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan