Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu berkata rundingan damai antara Rusia dan Ukraine mungkin disambung semula selepas 22 Jun, dengan hubungan antara kedua-dua pihak masih berjalan, lapor Sputnik. Foto fail AFP

Rusia, Ukraine mungkin adakan rundingan damai selepas 22 Jun – Putin

ByBernama

ST. PETERSBURG, 19 Jun: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu berkata rundingan damai antara Rusia dan Ukraine mungkin disambung semula selepas 22 Jun, dengan hubungan antara kedua-dua pihak masih berjalan, lapor Sputnik.

Putin berkata ketua perunding Rusia Vladimir Medinsky telah berbincang dengan rakan sejawatnya dari Ukraine pada hari yang sama.

“Kami masih berhubung. Kumpulan perunding dari kedua-dua pihak masih berkomunikasi.

“Saya baru sahaja bertanya kepada Medinsky — beliau memaklumkan telah berbincang dengan wakil dari Kyiv hari ini.

“Mereka pada asasnya sedang membincangkan kemungkinan untuk mengadakan pertemuan selepas 22 Jun,” kata Putin semasa pertemuan bersama ketua-ketua agensi berita antarabangsa di luar acara Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan