Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pakar Geostrategis Prof. Madya Dr Azmi Hassan

Pergolakan Iran-Israel jejas ekonomi ASEAN tanpa mengira pendirian politik

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Jun: Ketegangan berterusan antara Iran dan Israel bukan sahaja mencetuskan kebimbangan keselamatan serantau malah turut mengancam kestabilan ekonomi asean secara keseluruhan.

Pakar Geostrategis, Prof. Madya Dr Azmi Hassan berpandangan, walaupun negara-negara asean memiliki pendirian yang berbeza terhadap konflik berkenaan, impak terhadap rantaian bekalan global akan tetap dirasai secara menyeluruh.

“Jikalau sengketa ini berlarutan dan Iran mengambil keputusan untuk menutup Selat Hormuz, ataupun Houthi Yemen mengancam Laut Merah serta Amerika Syarikat pula menyerang Iran bagi membantu Israel, maka rantaian bekalan makanan dan ekonomi akan menjadi terencat.

“Ini menyebabkan produk-produk menjadi mahal dan akhirnya membawa kemudaratan kepada ASEAN itu sendiri tanpa mengira mereka menyokong pihak mana,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurutnya, Malaysia, bersama negara ASEAN lain seperti Thailand, Indonesia dan Filipina bergantung besar kepada kestabilan laluan perdagangan antarabangsa bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan, tenaga dan barangan pengguna.

Tambah Azmi, konflik yang berpanjangan hanya akan memperluas kesan negatif kepada ekonomi, meskipun sesetengah negara ASEAN dilihat cenderung berpihak secara politik sama ada kepada Iran atau Israel.

“Jadi dalam hal ini, tidak semua mahu perang ini berpanjangan kerana negatifnya adalah lebih banyak daripada yang positifnya,” jelasnya lagi.

ASEAN sebelum ini menegaskan komitmen terhadap penyelesaian damai dan pendekatan berkecuali dalam menangani konflik antarabangsa.

Namun, pergolakan di Timur Tengah kali ini sekali lagi mencabar keupayaan rantau ini untuk bertindak secara kolektif dalam menangani impak rentas sempadan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan