Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Sarawak (PAC) mengadakan lawatan ke tapak projek kerja pembangunan kemudahan infrastruktur pelancongan di Pantai Tusan, Miri. Foto UKAS

PAC Sarawak tinjau kemajuan projek pelancongan di Pantai Tusan

MIRI, 19 Jun: Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Sarawak (PAC) mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembangunan kemudahan infrastruktur pelancongan di Pantai Tusan, Miri pada Selasa bagi menilai pelaksanaan dan kemajuan projek.

Lawatan itu diketuai Pengerusi PAC Sarawak, Razaili Gapor yang bersama delegasi turut menilai secara langsung keberkesanan pelaksanaan projek dan mengesahkan tindakan pembetulan atau penambahbaikan susulan dapatan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2.

Dalam sesi lawatan, Setiausaha Majlis Daerah Subis, Stella Jelica Joseph memberikan taklimat berkenaan status fizikal projek dan kualiti pelaksanaan berdasarkan skop kerja diluluskan termasuk maklum balas daripada pihak pelaksana.

Lawatan tersebut mencerminkan komitmen PAC Sarawak dalam memastikan pemantauan berterusan terhadap projek-projek kerajaan selain menjamin manfaat mampan kepada komuniti setempat dan pembangunan sektor pelancongan.

Turut hadir ADUN Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang, ADUN Kabong Dato Mohd Chee Kadir, ADUN Batu Lintang See Chee How, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang, ADUN Meluan Rolland Duat Jubin dan Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Desmond Douglas Jerukan.-TVS

Tags: Miri, PAC, Tusan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan