Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Mohammad Porkan Abang Budiman (tengah) pada Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Bahagian Sibu, hari ini. Foto TVS

MTMD Sibu nyata solidariti sokong pengharaman vape

SIBU, 19 Jun: Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bahagian Sibu sebulat suara menyatakan solidariti terhadap usaha mengharamkan penggunaan vape di Sibu dan Sarawak amnya.

Residen Sibu, Abang Mohammad Porkan Abang Budiman berkata isu penyalahgunaan dadah ketika ini amat membimbangkan, terutama dalam kalangan generasi muda.

Beliau turut mengaitkan kemunculan bahan terlarang baharu seperti ‘magic mushroom’ yang kini dikenal pasti digunakan bersama rokok elektronik atau vape.

“Dadah tersebut diambil melalui vape dan memberi kesan buruk kepada pengguna,” katanya yang juga Pengerusi MTMD Sibu ketika mempengerusikan mesyuarat itu di sini, hari ini.

Menurutnya, usaha membanteras penyalahgunaan dadah memerlukan kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan, jabatan serta ketua komuniti.

“Saya yakin, dengan pendekatan pemerkasaan komuniti atau community empowerment, masalah pelencongan sosial dan penagihan dadah dalam masyarakat dapat dikekang,” ujarnya.

Dalam mesyuarat sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia atas kejayaan melakukan tangkapan dadah terbesar di Sarawak baru-baru ini.

Abang Mohammad turut menyeru semua pihak agar lebih cakna terhadap ancaman dadah demi melahirkan individu sihat, cergas dan mewujudkan persekitaran selamat, selaras misi Sarawak Maju Makmur.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sibu selaku sekretariat mesyuarat turut diminta membawa segala keputusan yang dicapai ke peringkat lebih tinggi untuk tindakan susulan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan