Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato.

Mayat lelaki ditemukan terapung dalam sungai di Pasir Puteh

ByBernama

KOTA BHARU, 19 Jun: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam sungai berhampiran Kampung Tualang Tinggi di Pasir Puteh dekat pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata Balai Polis Selising menerima maklumat berhubung penemuan itu pada kira-kira 3.30 petang.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai dari Balai Polis Selising dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat terapung di sungai berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar tidak menemui sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat itu telah dihantar ke Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan