Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta di kediaman beliau di Putrajaya semalam. Foto Pejabat Perdana Menteri

Malaysia perkukuh kerjasama dengan Timor-Leste, sokong hasrat sertai ASEAN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Malaysia akan memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang strategik dengan Timor-Leste dan menyokong aspirasi negara itu untuk menjadi anggota penuh ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dengan Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta di kediaman beliau di Putrajaya semalam.

“Menerima kunjungan Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta di kediaman saya hari ini lantas mengukuhkan manifestasi hubungan erat antara Malaysia dan Timor-Leste,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Beliau juga berkata Malaysia komited untuk terus memainkan peranan konstruktif dalam menyokong proses integrasi serantau demi kestabilan dan kemakmuran bersama.

Mengakhiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini pada 27 Mei lepas, Perdana Menteri berkata para pemimpin Asia Tenggara bersetuju menerima Timor-Leste sebagai anggota ke-11 blok serantau itu pada Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini, tertakluk kepada pematuhan beberapa syarat yang masih belum dipenuhi bagi keanggotaan penuh.

Beliau berkata kesemua pemimpin telah mencapai kata sepakat menyokong Timor-Leste dalam mengambil semua langkah yang perlu untuk menjadi anggota penuh ASEAN.

Timor-Leste, yang mencapai kemerdekaan pada 2002, secara rasmi memohon untuk menyertai ASEAN pada 2011 dan diberikan status pemerhati pada 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan