Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek yang disyaki menembak dua anggota bomba sehingga maut dan mencederakan seorang lagi dalam serangan hendap pada Ahad di negeri Idaho, Amerika Syarikat, ditemukan mati. Foto hiasan Envato

Lori hilang kawalan, penunggang motosikal terkorban

KOTA BELUD, 19 Jun: Seorang penunggang motosikal berusia 44 tahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kota Belud-Tuaran, berhampiran Bukit Kelawat pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Bin Mat Husain, insiden berlaku sekitar jam 7.10 pagi apabila sebuah lori 10 tan dipandu lelaki berumur 51 tahun hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum merempuh pacuan empat roda dan seterusnya melanggar motosikal mangsa.

“Pemandu lori dan pemandu pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan. Bagaimanapun, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000, termasuk penggantungan lesen memandu.

Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan