Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
 Pesuruhjaya Tinggi UNHCR Filippo Grandi. Foto fail AFP

Lebih 2 juta rakyat Syria pulang ke tanah air sejak Disember – Ketua Pelarian PBB

ByBernama

ISTANBUL, 19 Jun: Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pada Khamis mengumumkan, lebih dua juta rakyat Syria pulang ke tanah air mereka sejak Disember, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Lebih dua juta pelarian dan rakyat Syria yang hilang tempat tinggal telah pulang ke rumah sejak Disember, petanda harapan di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin meningkat,” kata Pesuruhjaya Tinggi UNHCR Filippo Grandi di platform X.

Menjelaskan yang beliau sedang dalam perjalanan dari Lubnan ke Syria sempena Hari Pelarian Sedunia, Grandi sekali lagi menegaskan keperluan untuk satu “penyelesaian politik” di Syria.

“Ini membuktikan yang kita memerlukan penyelesaian politik, bukannya satu lagi gelombang ketidakstabilan dan pemindahan,” katanya.

Selepas bertahun-tahun mengalami penderitaan dan kesukaran di kem pelarian, ribuan rakyat awam Syria mula pulang ke negara asal mereka apabila keamanan dan keselamatan semakin terjamin di Syria susulan kejatuhan rejim Bashar al-Assad.

Jutaan rakyat Syria sebelum ini melarikan diri ke negara jiran untuk mendapatkan perlindungan ekoran kemusnahan besar-besaran dan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di bawah pemerintahan Assad.

Assad, yang memimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia pada Disember, sekali gus menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak 1963.

Ahmad al-Sharaa, yang mengetuai pasukan antirejim dalam usaha menggulingkan Assad, diisytiharkan sebagai presiden bagi tempoh peralihan pada akhir Januari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan