Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hasbi Habibollah menyaksikan pameran sempena Majlis Perasmian Kompleks JPJ Sarikei, hari ini. Foto TVS

JPJ Limbang bakal miliki kompleks baharu

SARIKEI, 19 Jun: Penduduk Limbang bakal menikmati kemudahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lebih moden dan selesa apabila kompleks baharu JPJ akan dibina di bahagian itu tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata projek berkenaan adalah sebahagian daripada usaha kementerian dalam menaik taraf semua kompleks JPJ di seluruh negara.

“Kewujudan kompleks ini penting bagi menyediakan persekitaran kerja yang lebih kondusif kepada seluruh warga JPJ.

“Usaha ini juga selaras dengan hasrat kita untuk meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan ini kepada rakyat,” katanya ketika merasmikan Kompleks JPJ Sarikei yang baharu, hari ini.

Mengulas lanjut, Hasbi berkata keadaan pejabat JPJ Limbang sebelum ini amat menyedihkan kerana sudah berpuluh tahun menumpang di bangunan kedai dan sering berpindah-pindah.

“Sebagai wakil rakyat di sana, saya kasihan dan sedih melihat suasana kerja mereka. Walaupun mereka sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik, namun tempat kerja yang tidak kondusif adalah satu cabaran besar,” katanya.

Sementara itu, JPJ Cawangan Sarikei kini mencatat sejarah tersendiri apabila memiliki kompleks sendiri yang moden dan lengkap, termasuk kemudahan kuarters untuk kakitangan sekali gus menjadikannya satu-satunya pejabat JPJ di Sarawak yang mempunyai kemudahan tersebut.

Kompleks baharu ini bukan sekadar kemudahan fizikal, malah simbol komitmen kerajaan dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam.

JPJ Sarikei sebelum ini pernah beroperasi di bangunan Majlis Daerah Sarikei sebelum berpindah ke Wisma Persekutuan pada 1980 dan kemudian ke rumah kedai di Jalan Bersatu pada 1990.

Ditanya isu kekurangan pasport biru, beliau menjelaskan perkara itu kini dalam peringkat penyelesaian.

“Saya sudah berjumpa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi memastikan masalah tersebut diselesaikan segera.

Pasport biru ini amat penting bagi penduduk terutamanya di utara Sarawak yang kerap melintasi sempadan Brunei Darussalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan