Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto. Foto David Andreas (TVS)

Indonesia arah pemindahan 380 rakyat dari Iran

ByTVS

JAKARTA, 19 Jun: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengarahkan pemindahan segera 380 rakyatnya dari Iran susulan konflik yang semakin meruncing akibat serangan berterusan oleh Israel.

Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Tehran menaikkan tahap keselamatan ke status siaga kecemasan dan kini bersiap sedia melaksanakan pemindahan kecemasan terhadap semua warganegara Indonesia di kawasan terjejas.

Prabowo berkata, keputusan itu dibuat selepas situasi di Iran dianggap semakin kritikal dengan peningkatan mendadak serangan Israel yang kini menyasarkan kawasan awam bukan lagi hanya sasaran ketenteraan.

“Melihat perkembangan dua hari terakhir ini yang mana intensiti serangan Israel semakin meningkat dan kawasan awam turut menjadi sasaran, saya telah arahkan pemindahan rakyat Indonesia dilaksanakan segera,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan menyediakan laluan selamat dan logistik lengkap untuk memastikan proses pemulangan rakyat berjalan dengan selamat dan teratur.

Namun begitu, keputusan untuk menyertai proses pemindahan diserahkan kepada pertimbangan individu.

Mereka yang memilih untuk kekal di Iran diminta bersedia menghadapi sebarang risiko.

Kerajaan Indonesia juga terus mengekalkan komunikasi dengan warganegaranya di Iran dan memantau perkembangan situasi secara rapat.

Pada masa sama, Kementerian Luar Indonesia turut mengeluarkan nasihat perjalanan agar rakyatnya menangguhkan sebarang lawatan ke negara-negara bergolak di Timur Tengah seperti Iran, Syria, Yaman dan Lubnan susulan peningkatan ketegangan di rantau berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan