Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum membuat sebarang keputusan mengenai penyertaan Harimau Malaya pada Kejohanan Piala Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025. Foto FAM (FB)

FAM belum muktamad penyertaan Harimau Malaya pada Piala Negara CAFA 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum membuat sebarang keputusan mengenai penyertaan Harimau Malaya pada Kejohanan Piala Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM Datuk Zainal Abidin Hassan berkata perkara itu masih dalam perbincangan dan sebarang keputusan akan dimaklumkan kelak.

“Jika ini adalah kebaikan untuk pasukan kebangsaan, jadi bagi saya benda baik kita akan ambil bahagian untuk kebaikan bola sepak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program LALIGA EXTRATIME Malaysia di sini hari ini.

Program yang memasuki edisi kedua itu menampilkan dua sesi panel yang memberi tumpuan kepada dua topik penting di Malaysia iaitu penajaan sukan dan bola sepak akar umbi.

Sebelum ini tular di media sosial berkenaan satu hantaran yang memaklumkan Malaysia bakal menyertai Kejohanan Piala Negara CAFA 2025 yang turut disertai Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan, Afghanistan dan Iran.

Dalam pada itu, Zainal Abidin turut memaklumkan pihaknya juga masih belum ada keputusan berhubung penganjuran Pesta Bola Merdeka 2025 susulan jadual kejohanan yang padat melibatkan pasukan kebangsaan dan kelab Liga Malaysia (Liga-M).

“Belum ada keputusan lagi tetapi mereka (jawatankuasa pertandingan) akan meneliti sebaik-sebaik mungkin segala aspek sebelum kita menganjurkannya (Pesta Bola Merdeka),” katanya.

Sebagai rekod, Pestabola Merdeka diperkenalkan sejak 1957 dan pernah digelar Grand Old Lady of Asia kerana berjaya menjemput pasukan-pasukan ternama pada zaman kegemilangan sebelum ini.

Malaysia adalah juara bertahan selepas memenangi edisi ke-43, menewaskan Lebanon tahun lepas dengan pasukan kebangsaan ketika itu dibimbing pengendali Sepanyol Pau Marti Vincente. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan