Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua individu cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan lori tangki minyak sawit. Foto JBPM

Dua cedera dalam kemalangan di Jalan Serian-Sri Aman

ByMahathir Haroun

SERIAN, 19 Jun: Dua individu cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan lori tangki minyak sawit di Engkabang A, Jalan Serian-Sri Aman pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada jam 6.50 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi sejauh 27 kilometer.

Pasukan tiba pada jam 7.10 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.34 pagi.

Menurut Komander Operasi, PBK I Rosnani Malong, kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki dua mangsa melanggar bahagian belakang lori tangki membawa muatan minyak sawit.

“Kedua-dua mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi. Mangsa yang merupakan pemandu kenderaan menerima rawatan awal dan dibawa ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Manakala penumpang wanita yang turut mengalami kecederaan dihantar ke hospital oleh pasukan EMRS Serian,” katanya.

Pasukan bomba turut menjalankan kerja pembersihan sisa kemalangan bagi memastikan keadaan selamat dan terkawal.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan