Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kejadian menyayat hati di Kampung Perigi Hang Tuah. Foto hiasan Envato

Bayi maut ditindih lengan bapa yang diserang sakit jantung

ByBernama

MELAKA, 19 Jun: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kejadian menyayat hati di Kampung Perigi Hang Tuah, di sini, pagi tadi.

Nuruleffendy Ibrahim, 35, ditemukan tidak sedarkan diri oleh isterinya Azura Abdul Malik, 40, yang pulang ke rumah kira-kira 9.30 pagi tadi, manakala bayi Muhammad Nur Daniel Nuruleffendy, dilihat berada di bawah lengannya.

Adiknya Masturadiana Ibrahim, 33, berkata semalam arwah mengadu sakit dada namun enggan ke klinik.

“Waktu kejadian, saya berada dalam rumah saya yang berhadapan dengan rumah abang saya dan dalam pukul 9.30 pagi, kakak ipar datang ketuk pintu berkali-kali sambil minta tolong.

“Dia cakap anak dia tak sedarkan diri, dah biru sebab tangan arwah tindih bayi. Saya terus cakap bawa anak dulu ke hospital dan minta yang lain telefon ambulans untuk periksa abang,” katanya ketika ditemui di perkarangan lobi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata Azura terpaksa masuk ke dalam rumah dari belakang apabila pintu hadapan berkunci.

“Kakak ipar baru hari ini kembali bekerja selepas cuti bersalin tiga bulan dan dia ke pejabat sebentar sebelum pulang ke rumah untuk ambil anak bongsu mereka itu ke klinik… Tapi bila pulang, dia tengok bayi dah kena tindih, muka dah biru dan terkulai. Kami bawa ke Hospital Melaka dan pihak hospital cuba selamatkan tapi tak berjaya,” katanya.

Masturadiana berkata arwah abangnya yang merupakan anak keempat daripada tujuh beradik itu mungkin sudah meninggal dua hingga tiga jam sebelum dijumpai isterinya di atas katil dalam keadaan terlentang.

“Sebab kakak ipar keluar awal pagi dalam 6 lebih untuk hantar dua anaknya yang berusia 16 dan 15 ke sekolah.

“Memang terkejut sebab arwah tak ada penyakit.. setakat sakit kaki dan gout sahaja,” katanya.

Sementara itu Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd. Supian Md Dali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak hospital pada pukul 9.58 pagi.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan seorang lelaki telah meninggal dunia di kampung tersebut, dan bomba pada mulanya diminta menyiasat sekiranya ada kejadian kebocoran gas di lokasi kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan