Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
UNRWA memberi amaran bahawa sektor kesihatan di Semenanjung Gaza berada dalam keadaan kritikal susulan serangan tentera Israel yang berterusan. Foto fail AFP

UNRWA: Sektor kesihatan di Gaza dalam keadaan kritikal

ByBernama

NEW YORK, 18 Jun: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberi amaran bahawa sektor kesihatan di Semenanjung Gaza berada dalam keadaan kritikal susulan serangan tentera Israel yang berterusan, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, UNRWA memaklumkan bahawa 45 peratus bekalan perubatan penting telah kehabisan stok dan hampir satu perempat daripada bekalan selebihnya dijangka habis dalam tempoh enam minggu akan datang sekiranya keadaan terus berlarutan.

Agensi itu turut menyatakan bahawa stok ubat-ubatan penting dan produk darah hampir habis manakala keperluan di lapangan kekal mendesak dan terus meningkat.

Sejak 2 Mac, tentera Israel terus menutup semua pintu sempadan Gaza, menghalang kemasukan makanan, bantuan kemanusiaan, bekalan perubatan dan barangan komersial.

Langkah itu menyebabkan krisis kemanusiaan di wilayah berkenaan semakin buruk. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan