Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejumlah penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Bali yang terjejas letusan Gunung Lewotobi. Foto TVS

Tiga lapangan terbang ditutup akibat letusan Gunung Lewotobi, ribuan penumpang terjejas

ByTVS

Jakarta, 18 Jun: Letusan Gunung Lewotobi Laki-laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur telah menyebabkan gangguan besar terhadap operasi penerbangan di wilayah timur Indonesia.

Kementerian Perhubungan melalui Ajensi Perhubungan Udara telah melaksanakan langkah terhadap impak letusan yang berlaku sebanyak tujuh kali sejak 17 hingga 18 Jun 2025 dengan melakukan penutupan ruang udara susulan letusan gunung yang memuntahkan abu vulkanik setinggi 10,000 meter ke udara.

Menurut Ketua Pengarahnya, Lukman F. Laisa, sebaran abu yang meluas ke pelbagai arah telah memaksa pihak berkuasa menutup sementara tiga lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Fransiskus Xaverius Seda di Maumere, Soa di Bajawa, dan Haji Hasan Aroeboesman di Ende.

“Keselamatan penerbangan adalah keutamaan dalam keputusan penutupan ketiga-tiga lapangan terbang tersebut berlangsung sehingga 19 Jun 2025, bergantung kepada keadaan cuaca dan pergerakan abu vulkanik,” katanya.

Beliau mendedahkan bahawa penutupan ketiga bandara ini turut memberi kesan langsung terhadap jadual penerbangan, dengan sejumlah 26 laluan penerbangan terpaksa dibatalkan, terdiri daripada 12 penerbangan antarabangsa dan 14 domestik.

Tak hanya itu, jumlah penumpang yang terjejas akibat penutupan ruang udara melebihi 14,000 orang dengan rincian Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai di Bali mencatat jumlah penumpang terjejas tertinggi dengan 10,560 orang, diikuti oleh Labuan Bajo dengan 2,166 orang, Lombok 772 orang, dan Maumere 451 orang.

Sebagai langkah tambahan, syarikat penerbangan di Labuan Bajo turut menyediakan pengangkutan laut sebagai alternatif bekerjasama dengan Pejabat Pelabuhan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan