Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Superintendan Parum Niot. Foto TVS

Tiga kertas siasatan dibuka babitkan kes tipu perniagaan dan pembelian kereta tidak wujud di Limbang – Parum

LIMBANG, 18 Jun: Tiga kertas siasatan dibuka melibatkan kes tipu perniagaan dan tipu dalam urusan pembelian kereta tidak wujud membabitkan kerugian berjumlah RM241,667 yang diterima polis di daerah ini setakat ini.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot berkata, sebanyak 11 laporan polis berkaitan kes pembelian kereta yang dijual tidak wujud diterima pihaknya daripada mereka yang mendakwa menjadi mangsa penipuan suspek yang sama, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun.

Kata beliau, dua laporan telah dibuka kertas siasatan di bawah Seskyen 420 Kanun Keseksaan melibatkan modus operandi kes pembelian kereta yang dijual tidak wujud.

“Kertas siasatan tersebut juga masih dalam tindakan dan pihak kita sedang menunggu jawapan daripada pihak bank dan usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mendedahkan setakat ini jumlah kerugian untuk modus operandi tipu perniagaan yang tidak wujud adalah berjumlah RM205,667.

“Manakala jumlah kerugian untuk kes tipu pembelian kereta yang dijual tidak wujud setakat ini berjumlah RM36,000,” katanya lagi.

Media tempatan sebelum ini melaporkan seorang wanita mengalami kerugian RM200,000, apabila diperdaya rakan sendiri yang dikenalinya dan keluarga sejak 10 tahun lepas untuk menjadi rakan kongsi sebuah perniagaan tidak wujud pada Februari lepas.

Difahamkan, ada ramai lagi mangsa penipuan suspek yang sama dipercayai masih berada di negeri ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan