Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SOME ke-43 yang diadakan dari 16 hingga 18 Jun 2025, melibatkan pegawai-pegawai kanan sektor tenaga dari 10 negara ASEAN.

SOME ke-43 lonjak peranan Sarawak dalam agenda tenaga serantau

BySaibi Gi

KUCHING, 19 Jun: Penganjuran Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Tenaga ASEAN (SOME) ke-43 di Kuching membuka peluang besar untuk Sarawak menyerlahkan potensinya dalam menerajui agenda tenaga bersih di peringkat serantau.

Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Mad Zaidi Mohd Karli berkata kehadiran wakil negara-negara ASEAN ke negeri ini membolehkan Sarawak memperlihatkan kelebihannya.

“Penganjuran mesyuarat ini membuka peluang besar untuk memperkenalkan Sarawak kepada delegasi ASEAN sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sumber semula jadi, komited terhadap tenaga boleh baharu.

“Malah, Sarawak bersedia memainkan peranan penting dalam agenda tenaga serantau,” katanya pada sidang media sempena SOME ke-43 di sini, hari ini.

SOME ke-43 yang diadakan selama tiga hari dari 16 hingga 18 Jun, melibatkan pegawai-pegawai kanan sektor tenaga dari 10 negara ASEAN serta rakan dialog seperti China, Jepun, Republik Korea dan Kesatuan Eropah.

Negara anggota terlibat ialah Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, manakala Timor-Leste turut hadir sebagai pemerhati.

Kira-kira 250 perwakilan menghadiri mesyuarat itu, termasuk pegawai kanan tenaga, wakil Sekretariat ASEAN, Pusat Tenaga ASEAN serta negara-negara rakan dialog.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan