Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah di Kampung Sungai Barie di Jalan Kuching Serian terbakar hari ini.Foto JBPM

Rumah terbakar di Kampung Sungai Barie

KUCHING, 18 Jun: Sebuah rumah terbakar di Kampung Sungai Barie, Jalan Kuching-Serian di sini, hari ini.

Komander Operasi, Mohamad Imran Sabri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.35 tengah hari dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah, berstruktur kekal terbakar 80 peratus dengan anggaran keluasan rumah 40×60 kaki persegi.

“Pihak bomba melakukan pemadaman secara defensif, menggunakan dua aliran 200 kaki, dua nozel, sumber air terbuka daripada sungai berdekatan sehingga kebakaran berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya,” katanya dałam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah memastikan keadaan selamat pihak bomba bertolak balik ke balai.-TVS

Tags: bomba

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan