Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai Tadbir Khas, Nur Elfie Amir (tiga, kanan) semasa lawatan ke beberapa tapak projek yang akan dilaksanakan menerusi RTP dan BDDA di Kabong pada Rabu. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

RM250,000 dilulus naik taraf Gelanggang Futsal Rumah Jalie, Gerigat

KABONG, 18 Jun: Sebanyak RM250,000 diluluskan bagi menaiktaraf Gelanggang Futsal di Rumah Jalie, Jalan Nyabor, Gerigat, termasuk pemasangan lampu solar dan penambahbaikan kemudahan asas lain.

Ahki Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, peruntukan itu disalurkan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2025 dan 2026.

“Peruntukan bagi pemasangan lampu solar di Gelanggang Futsal Rumah Jalie, Jalan Nyabor Gerigat sebanyak RM50,000 telah kita luluskan menerusi RTP 2025.

“Seterusnya, bagi kerja-kerja menaiktaraf tandas, lampu solar, parit dan pagar di gelanggang yang sama yang melibatkan kos berjumlah RM200,000 akan kita laksanakan di bawah RTP 2026,” katanya ketika dihubungi TVS semasa menyertai Lawatan Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Sarawak (PAC) di Miri, hari ini.

Terdahulu, beliau yang diwakili Pegawai Tadbir Khas, Nur Elfie Amir mengadakan lawatan ke beberapa tapak projek di bawah RTP 2025 dan projek Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) di kawasan DUN Kabong, bersama agensi pelaksana.

Antara projek yang dilawati termasuk cadangan pembinaan Dewan Masyarakat untuk empat rumah panjang di Ulu Roban, pembinaan baharu Dewan Masyarakat Kampung Nyabor, Sessang dan Alit pembinaan baharu Pejabat Operasi Unit Saudara Kita Nyabor, pembinaan pagar baharu SK Engkabang, pembinaan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kabong, naik taraf Masjid Assasul Islam, Kampung Alit, naik taraf Dewan Terbuka SMK Kabong, naik taraf kediaman guru dan bilik RMT di SJK Chung Hua Kabong dan naik taraf Pusat Penjaja Kabong

“Lawatan ini merupakan sambungan kepada siri lawatan tapak sebelum ini demi kesejahteraan penduduk di Kabong,” tambahnya. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found