Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muzium Sarawak bakal mempamerkan rangka ikan paus sei sepanjang 13 meter yang ditemui di perairan Pulau Sedoku pada November 2024 lalu. Foto TVS

Rangka paus sei sepanjang 13 meter jadi tarikan terbaharu di Muzium Sarawak

ByXiaoyuann

KUCHING, 18 Jun: Muzium Sarawak bakal mempamerkan rangka ikan paus sei sepanjang 13 meter yang ditemui di perairan Pulau Sedoku pada November 2024 lalu.

Rangka tersebut, yang dinaikkan hasil kerjasama kakitangan Muzium Sarawak dan Perbadanan Perhutanan Sarawak, kini menjadi sebahagian koleksi zoologi bernilai tinggi dari segi penyelidikan dan pameran.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, rangka ini akan menjadi spesimen paus ketiga dimiliki muzium tersebut.

“Selain rangka paus, beberapa sumbangan artifak turut diterima termasuk alat dan mesin emas tradisional milik mendiang tukang emas Teo Keng Boon, disumbangkan cucunya Teo Chai Seng, dua topi matahari era awal Malaysia (1963) disumbangkan John Lavery, anak kepada guru British di Limbang.

“Turut diterima ialah parang lama dari Tebakang warisan keluarga Lewis anak Mengu sejak awal abad ke-20, dua pasu seramik ditemui semasa memancing di Santubong pada 1970-an, disumbang Mohd Rizal Bujang, selain dua periuk tembaga berusia lebih 70 tahun digunakan komuniti Kampung Tupong, disumbangkan Surau Darul Falah,” katanya selepas mesyuarat bersama Lembaga Warisan Sarawak di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, sumbangan ini mencerminkan kekayaan budaya tempatan dan menyumbang kepada pemeliharaan warisan Sarawak.

Sejak dibuka pada 2022, Muzium Borneo mencatat lebih 1.35 juta pengunjung, termasuk 117,095 sehingga 16 Jun 2025.

Muzium lain seperti Muzium Minyak Miri, Warisan Islam dan Sejarah Alam turut menyumbang 79,575 pengunjung tahun ini.-TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan