Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mesin hemodialisis di Klinik Kesihatan Selangau yang memulakan operasinya sejak Isnin. Foto ADUN Tamin, Christopher Gira Sambang

 Pusat Hemodialisis Selangau beri harapan baharu buat pesakit luar bandar

SELANGAU, 18 Jun: Penduduk Selangau dan kawasan pedalaman seperti Tamin kini tidak perlu lagi menempuh perjalanan jauh untuk mendapatkan rawatan dialisis apabila Pusat Hemodialisis Klinik Kesihatan Selangau mula beroperasi secara berperingkat sejak Isnin.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, pusat ini menjadi simbol harapan baharu kepada pesakit buah pinggang luar bandar yang sebelum ini bergantung kepada rawatan di hospital jauh dari kediaman mereka.

“Ini bukan sekadar pembukaan pusat rawatan. Ia adalah kelegaan yang ditunggu-tunggu oleh ramai pesakit yang saban minggu terpaksa meredah perjalanan jauh untuk terus hidup,” katanya.

Ketika ini, pusat tersebut dilengkapi satu mesin hemodialisis, namun bakal diperluas kepada enam unit bergantung kepada keperluan dan penempatan staf.

Gira turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni atas peranan penting dalam merealisasikan projek ini.

“Ini bukti suara luar bandar tidak dipinggirkan. Kualiti hidup pesakit pasti meningkat,” ujarnya lagi.

Penubuhan pusat ini menjadi lambang usaha berterusan kerajaan memperkasa sistem kesihatan menyeluruh tanpa mengira lokasi, bandar atau pedalaman.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan