Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Proses membawa keluar rakyat Malaysia yang berada di Iran dijangka dilaksanakan Jumaat ini, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil. Foto fail AFP

Proses bawa keluar rakyat Malaysia dari Iran dijangka Jumaat ini – Fahmi

ByBernama

PUTRAJAYA, 18 Jun: Proses membawa keluar rakyat Malaysia yang berada di Iran dijangka dilaksanakan Jumaat ini, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berkata antara persiapan yang sedang dilakukan ialah penyediaan visa perjalanan.

“Menteri Luar memaklumkan bahawa jumlah rakyat Malaysia berdaftar sama ada yang berkhidmat dengan Malawakil, pelajar atau pelancong yang berada di Iran tidak terlalu besar.

“Insya-Allah, mereka akan melakukan perjalanan keluar dalam tempoh sehari dua ini… dijangka pada 20 Jun… ada beberapa persiapan tetapi oleh kerana ia melibatkan aspek keselamatan, saya tidak boleh nyatakan,” katanya pada sidang media pascamesyuarat Kabinet di sini.

Konflik antara Iran dan Israel memuncak sejak Jumaat lepas susulan serangan udara tanpa provokasi oleh rejim zionis itu ke atas wilayah Iran.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di Israel.

Semalam, Wisma Putra menyeru semua rakyat Malaysia yang berada di Iran agar meninggalkan negara itu serta-merta susulan keadaan tidak menentu dan berisiko bertambah buruk tanpa sebarang amaran awal. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan