Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki dikehendaki polis bersabit kes pemerasan ditahan pasukan CID Tawau untuk siasatan lanjut. Foto IPD Tawau

Polis Tawau berkas penjenayah kes pemerasan dikehendaki sejak 2023

TAWAU, 18 Jun: Seorang lelaki yang dikehendaki polis berhubung kes pemerasan berjaya diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tawau dalam satu operasi yang dijalankan pada 16 Jun lalu.

Suspek merupakan individu yang diklasifikasikan sebagai ‘wanted person’ oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan laporan dibuat di Balai Polis Gombak, Selangor pada tahun 2023.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, mangsa yang bekerja sebagai kakitangan sekolah ketika itu telah diugut oleh suspek untuk menyerahkan wang, dengan ancaman menyebarkan gambar peribadi.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota BSJD Tawau berjaya menahan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau sebatan, jika sabit kesalahan. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan