Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Seminar Kenegaraan Malaysia Madani di Putrajaya hari ini. Foto, Amiruddin Shah (TVS).

PM Anwar arah segerakan cari penyelesaian isu dadah, vape

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 18 Jun: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak supaya mengambil langkah segera bagi mencari kaedah menyelesaikan isu penggunaan dadah dan rokok elektronik (vape) dalam kalangan anak muda.

Perdana Menteri menegaskan masalah itu membarah serta membunuh jiwa anak muda, dan memerlukan perhatian sesegera mungkin.

“Tadi, mesyuarat Jemaah Menteri kita bincang masalah dadah dan vape dalam kalangan anak-anak kita. Tolonglah bincang apakah perlu kaunseling, perlu dakwah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani, di Dewan Auditorium Tun Azizan Zainal Abidin, di sini, hari ini.

Menurut Anwar, meskipun isu itu berlarutan puluhan tahun, namun tiada penyelesaian yang ditetapkan sehingga kini.

Tambah beliau penggunaan dadah dan vape adalah terlalu berat terutama dalam kalangan masyarakat Melayu.

“Betul ada anak Cina, India tapi lebih parah dalam kalangan anak-anak Melayu membunuh jiwa mereka dari kecil. Kita harus lakukan sesuatu dan bincang bagaimana nak jadi contoh,” katanya. – TVS

Tags: dadah, PMX, vape

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan