Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin akan mengalami perubahan lencongan jalan sementara bermula 21 Jun 2025 hingga 10 Mac 2026.

Perubahan lencongan jalan sementara di Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 18 Jun: Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin akan mengalami perubahan lencongan jalan sementara bermula 21 Jun 2025 hingga 10 Mac 2026.

Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dalam kenyataan memaklumkan, perubahan itu dilaksanakan berikutan kerja-kerja pembinaan yang sedang berlangsung di lokasi berkenaan, di bawah tempoh kontrak bermula 15 Julai 2024 hingga 14 Julai 2026.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi segala arahan pengurusan trafik sepanjang tempoh pelaksanaan lencongan tersebut.

“Pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut dan mematuhi pengurusan trafik demi keselamatan semua pengguna sehingga kerja-kerja pembinaan selesai,” jelas kenyataan itu.

Menurut LCDA, sebarang perubahan melibatkan tarikh, waktu atau kawasan terlibat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pengguna jalan juga dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing sekiranya melalui kawasan terbabit.

Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan aliran trafik boleh disalurkan kepada LCDA menerusi talian 082-235944 atau layari portal rasmi di www.lcda.gov.my.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan