Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Macgyver Boi (tiga kanan) mewakili Residen Bahagian Sibu menyampaikan cenderamata penghargaan kepada salah seorang penceramah. Foto TVS

Pendidikan seksual berterusan lebih berkesan tangani kehamilan remaja

SIBU, 18 Jun: Program Intervensi Sosial: Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) antara inisiatif penting Kerajaan Sarawak dalam usaha memperkukuh pendidikan kesihatan seksual dan menangani isu kehamilan remaja di negeri ini.

Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman berkata, pelaksanaan program seperti KAPS menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam memberi bimbingan awal kepada golongan remaja agar menjauhi gejala sosial negatif sekali gus mengurangkan kes kehamilan remaja.

“Sejak program KAPS diperkenalkan pada tahun 2016 menerusi kerjasama Majlis Pembangunan Sosial Sarawak dan Jawatankuasa One‑Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC), ia telah berjaya menurunkan kes kehamilan dalam kalangan pelajar sekolah sebanyak 45 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan perasmian yang dibacakan wakilnya, Macgyver Boi, pada Program KAPS Peringkat Bahagian Sibu 2025 di SMK Bukit Assek hari ini.

Tambahnya, statistik daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menunjukkan bahawa trend bilangan remaja hamil sudah semakin menurun sejak tahun 2012 iaitu daripada 3,866 kes kepada 2,000 kes pada tahun 2024 iaitu penurunan sebanyak 48.3 peratus.

Justeru, katanya, program ini juga dilihat selari dengan usaha Kerajaan Sarawak yang menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk mengurangkan bilangan kes kehamilan remaja sebanyak 10 peratus setiap tahun.

Beliau turut menekankan pentingnya pendekatan pendidikan seksual yang berterusan dan bukannya sekadar bersifat melarang semata-mata, memandangkan remaja masa kini cenderung mendapatkan maklumat daripada rakan sebaya atau internet berbanding ibu bapa dan guru.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan