Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
IEA turut menjangkakan kapasiti pengeluaran minyak global akan meningkat sebanyak 5.1 juta tong sehari. Foto hiasan Envato

Pelaburan minyak global dijangka susut 6 peratus kepada sekitar US$420 bilion pada 2025 – IEA

ByBernama

MOSCOW, 18 Jun: Pelaburan minyak global dijangka menyusut sebanyak enam peratus kepada sekitar US$420 bilion pada 2025 berikutan kejatuhan harga minyak dan iklim pelaburan yang tidak menentu, menurut laporan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Selasa.

“Kejatuhan mendadak harga minyak pada awal 2025 dan iklim pelaburan yang tidak menentu telah mendorong eksekutif minyak di seluruh dunia menilai semula keutamaan sektor huluan mereka… pelaburan sektor huluan minyak dijangka merosot enam peratus kepada sekitar US$420 bilion pada 2025, dengan penyusutan terbesar dilihat dalam kategori ‘light tight oil’ di Amerika Syarikat,” menurut laporan itu.

IEA turut menjangkakan kapasiti pengeluaran minyak global akan meningkat sebanyak 5.1 juta tong sehari.

“Kapasiti pengeluaran minyak dunia dijangka meningkat sebanyak 5.1 juta tong sehari kepada 114.7 juta tong sehari menjelang 2030, diterajui oleh Arab Saudi dan Amerika Syarikat – jauh melebihi jangkaan peningkatan permintaan minyak global sebanyak 2.5 juta tong sehari,” kata laporan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan