Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemanca Chan Pan Chan merasmikan kejohanan berkenaan di Kompleks Sukan Sarikei, petang semalam. Foto Pusat Khidmat DUN Repok

MSSB platform cungkil bakat atlet muda Sarikei

ByTVS

SARIKEI, 18 Jun: Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Sarikei menjadi platform terbaik untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat atlet muda dari kawasan luar bandar ke peringkat yang lebih tinggi.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, kejohanan itu bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya peluang penting dalam membentuk masa depan anak muda menerusi sukan.

“Saya percaya anak-anak yang menyertai kejohanan mempunyai bakat namun, potensi mereka perlu digilap untuk menjadi atlet hebat pada masa hadapan,” katanya.

Tiong Sii berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh wakilnya, Pemanca Chan Pan Chan ketika merasmikan kejohanan berkenaan di Kompleks Sukan Sarikei, pada Selasa.

Turut hadir, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Paoh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Anna Su Siew Ling.

Menurut Tiong Sii sukan memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah dan jati diri pelajar selain menjadi jambatan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang.

“Ia bukan sahaja membentuk gaya hidup sihat, malah menyemai nilai murni seperti disiplin, daya saing dan kepimpinan.

“Kejohanan ini juga menjadi medan memperkukuh hubungan sesama warga sekolah, khususnya antara atlet, guru dan pengurusan,” katanya.

Beliau turut memuji komitmen SMK Sungai Paoh dan Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei dalam memastikan penganjuran berjalan lancar dan teratur.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan sumbangan RM5,000 bagi membantu menjayakan kejohanan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan